Monday, July 4, 2022

15% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 40.4% terima dos pertama

Sementara itu, 92.5% populasi remaja lengkap divaksinasi, 68% dewasa terima dos penggalak.

Other News

Sebanyak 532,317 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 15% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,435,586 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 40.4%, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,879,410 individu atau 92.5% telah lengkap divaksin, manakala 2,980,286 atau 95.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa pula, seramai 15,991,811 individu atau 68% telah menerima dos penggalak, 22,962,624 atau 97.6% telah melengkapkan dos kedua, manakala 23,239,599 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 60,923 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 11,308 dos pertama, 44,100 dos kedua dan 5,515 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,808,665.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, 16 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Pulau Pinang merekodkan jumlah tertinggi iaitu empat kes diikuti Kedah dan Perak masing-masing tiga kes, Johor dan Selangor masing-masing mencatatkan dua kes manakala satu kes masing-masing di Sabah dan Kuala Lumpur.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles