Saturday, May 21, 2022

PAS tegaskan tiada kerjasama dengan PH

Parti Islam itu sekali lagi menggesa supaya gabungan parti-parti kerajaan terus dikekalkan.

Other News

PAS menolak sebarang cadangan untuk bekerjasama dengan parti pembangkang dalam pilihan raya akan datang, mengalu-alukan kenyataan Amanah susulan parti serpihannya itu mengatakan ia akan bekerjasama dengan mana-mana parti selain gabungan Perikatan Nasional (PN).

Dalam sebuah kenyataan, PAS menggesa supaya gabungan politik kerajaan persekutuan perlu diperkuatkan, mengatakan ia tidak akan bekerjasama dengan parti pembangkang “khususnya Pakatan Harapan (PH)”.

Parti itu berkata ia yakin Barisan Nasional (BN), PN, GPS, PBS dan Star boleh bekerjasama, mengatakan ia adalah formula yang paling berkesan dan diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.

“PAS amat yakin pendekatan penyatuan ummah yang boleh dicapai melalui kolaborasi parti-parti utama di negara ini yang berteraskan konsep perpaduan Melayu-Islam dan bumiputera adalah formula yang paling berkesan serta akan diterima oleh majoriti rakyat Malaysia,” kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Isu kerjasama politik tersebut timbul ketika beberapa laporan mengatakan PN mungkin membentuk satu hubungan dengan PH bagi menghadapi BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang di bawah pendekatan “khemah besar” ekoran bimbang kluster mahkamah dalam Umno akan kembali berkuasa jika gabungan itu terus memenangi pilihan raya.

PAS yang menandatangani piagam Muafakat Nasional bersama Umno mengambil keputusan untuk kekal bersama Bersatu dalam PN dan meneruskan gesaannya supaya kedua-dua parti politik berteraskan Melayu itu untuk berhenti bertelagah.

Dalam pada itu, Takiyuddin turut berkata PAS setiasa sedia berbincang dan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perpaduan serta keharmonian dalam menghadapi PRU15.

“Apa yang penting dalam era pasca pandemik ini adalah kepentingan rakyat dan negara diutamakan.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles