Wednesday, May 18, 2022

Umat Islam jalankan ibadah puasa Ahad ini

Penyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan 1 Ramadan jatuh pada 3 April.

Other News

Umat Islam akan menyambut 1 Ramadan sekali gus memulakan ibadah puasa bermula Ahad ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan pengumumkan tersebut malam ini melalui satu kenyataan dari Jabatan Penerangan Malaysia.

“Penyimpan mohor besar raja-raja Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad 3 April 2022.”

Ibadah puasa tahun ini akan disambut selari fasa peralihan ke fasa endemik di mana beberapa prosedur operasi standard (SOP) kesihatan mula dilonggarkan bagi menjalankan ibadah pada bulan Ramadan.

Antara lain masjid dan surau dibenarkan untuk menjalankan solat jemaah tanpa penjarakan fizikal.

Sementara itu, aktiviti berbuka puasa dan qiamullail juga turut dibenarkan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles