- Iklan -
Berita

132 mangsa pesawat terhempas China Eastern disahkan terkorban

120 mangsa nahas telah dikenal pasti melalui ujian DNA.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Bangkai pesawat China Eastern yang ditemui di Wuzhou, Guangxi selepas nahas yang mengorbankan 132 orang. Gambar: AFP
Bangkai pesawat China Eastern yang ditemui di Wuzhou, Guangxi selepas nahas yang mengorbankan 132 orang. Gambar: AFP

132 penumpang pesawat yang terhempas ke kawasan pergunungan di selatan China minggu lalu disahkan meninggal dunia, kata pihak berkuasa penerbangan awam negara itu.

Keluarga mangsa nahas telah menunggu selama beberapa hari hasil usaha pasukan penyelamat mencari mangsa yang masih hidup di kawasan hutan akibat nahas yang berlaku berhampiran bandar Wuzhou, wilayah Guangxi.

“Semua 123 penumpang dan sembilan lagi krew penerbangan MU5735 syarikat penerbangan China Eastern telah terbunuh dalam nahas 21 Mac,” kata Hu Zhenjiang, timbalan ketua pengarah Pentadbiran Penerbangan Awam China, memberitahu sidang akhbar.

“Identiti 120 mangsa nahas telah dikenal pasti melalui ujian DNA.”

Pegawai penerbangan juga turut mengesahkan mereka telah menemui kotak hitam yang dipercayai perakam suara di kokpit pesawat, di mana ia memberikan petunjuk penting kepada punca nahas tersebut.

Sebelum ini, punca kejadian telah membingungkan pihak berkuasa penerbangan di mana mereka menelusuri kawasan nahas bagi mendapatkan petunjuk punca kejadian yang hampir dilihat sebagai nahas paling buruk di China sepanjang hampir 30 tahun.

Nahas itu juga turut mencetuskan respons orang ramai yang turut menggesa Presiden Xi Jinping mengarahkan siasatan ke atas punca kejadian.

Pekeliling mengenai keselamatan penerbangan juga turut disebarkan ke seluruh sector penerbangan sejak nahas tersebut berlaku.

Notis Majlis Negeri dan kementerian pengurusan kecemasan pada Rabu turut menggesa industri penerbangan di seluruh lembaga supaya “meneliti dan menguruskan potensi bahaya terhadap keselamatan penumpang”.