- Iklan -
Berita

Penggunaan Telegram atasi WhatsApp di Rusia

Perkembangan itu dipercayai susulan langkah Rusia menyekat akses kepada Instagram dan Facebook.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penggunaaan aplikasi Telegram meningkat di Rusia ekoran pelancaran operasi ketenteraan negara itu di Ukraine sejak 24 Februari lalu. Gambar: AFP
Penggunaaan aplikasi Telegram meningkat di Rusia ekoran pelancaran operasi ketenteraan negara itu di Ukraine sejak 24 Februari lalu. Gambar: AFP

Rakyat Rusia kini lebih ramai menggunakan aplikasi Telegram berbanding WhatsApp, lapor Agensi Anadolu memetik pengendali mudah alih, Megafon.

Menurut Megafon penggunaan Telegram di negara itu meningkat mendadak sejak 24 Februari, sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine.

Jumlah trafik pemesejan Telegram meningkat dari 43% kepada 63% dalam dua minggu pertama Mac.

Sementara itu penggunaan WhatsApp pula menurun daripada 48% kepada 32% dalam tempoh yang sama.

Perkembangan itu dipercayai susulan langkah Rusia menyekat akses kepada Instagram dan Facebook.