Friday, May 20, 2022

Speaker, timbalan positif Covid, sidang DUN Negeri Sembilan ditangguh

Ramai petugas DUN Negeri Sembilan turut dilaporkan dijangkiti Covid-19.

Other News

Persidangan pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang ke-14 ditangguhkan ke suatu tarikh baru berikutan Yang di-Pertua DUN Zulkefly Mohamad Omar dan timbalannya M. Ravi disahkan positif Covid-19.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata beliau dan Setiausaha Kerajaan Negeri Razali Ab Malik telah mengadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi memaklumkan perkara itu serta mendapatkan perkenan penangguhan persidangan kali ini, pagi tadi.

Beliau berkata persidangan DUN negeri itu sepatutnya dijadual bermula hari ini hingga Khamis dimulakan dengan acara perasmian pembukaan persidangan oleh Tuanku Muhriz.

“Selain kedua mereka (Zulkefly dan Ravi), terdapat 23 petugas termasuk ketua jabatan di negeri ini dijangkiti Covid-19. Penangguhan persidangan DUN ini pertama kali berlaku di negeri ini, disebabkan pandemik.

“Jika ikut peraturan, Yang di-Pertua DUN sementara boleh dilantik tetapi memandangkan ramai petugas dewan dijangkiti Covid-19 jadi persidangan terpaksa ditangguhkan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Aminuddin berkata selain itu terdapat Rang Undang-Undang (RUU) Pemegangan Tanah Adat 2022 dan Penggubalan RUU Majlis Perbandaran Jempol 2022 akan dibentangkan pada persidangan kali ini dan memerlukan kehadiran Yang di-Pertua DUN dan timbalannya itu.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga mendapat kerjasama dari Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan bagi menyediakan perkhidmatan jurubahasa isyarat untuk memastikan golongan orang kurang upaya itu dapat mengikuti perkembangan persidangan DUN kali ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles