- Iklan -
Berita

Majlis Keselamatan PBB kecam pengeboman masjid di Pakistan

Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan bom tersebut.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Polis mengawal jalan di sekitar masjid di Peshawar selepas bom meletup pada 4 Mac lalu. Sekurang-kurangnya 30 mangsa terbunuh sementara 56 cedera. Gambar: AFP
Polis mengawal jalan di sekitar masjid di Peshawar selepas bom meletup pada 4 Mac lalu. Sekurang-kurangnya 30 mangsa terbunuh sementara 56 cedera. Gambar: AFP

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad mengecam “sekeras-kerasnya” insiden pengeboman di sebuah masjid Syiah di bandar Peshawar dekat barat laut Pakistan minggu lepas yang meragut 62 nyawa serta mencederakan hampir 200 yang lain.

“Majlis Keselamatan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan Pakistan serta berharap mereka yang cedera cepat sembuh dan pulih sepenuhnya,” lapor Anadolu memetik kenyataan kementerian luar Pakistan.

Insiden berkenaan berlaku di Masjid Kucha Risaldar semasa solat Jumaat, Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Majlis Keselamatan itu menegaskan bahawa apa jua bentuk dan manifestasi keganasan adalah satu ancaman paling serius kepada keamanan serta keselamatan antarabangsa.