- Iklan -
Berita

Kes harian meningkat lepasi 33,200, 78 lagi korban

305,010 kes aktif direkodkan, dengan 96% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berjalan di sekitar ibu negara selepas kelonggaran diberikan di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Orang ramai berjalan di sekitar ibu negara selepas kelonggaran diberikan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

33,209 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,561,766 kes.

Sebanyak 26,352 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,223, 650.

Ketika ini, 305,010 kes aktif direkodkan, dengan 292,696 atau 96.0% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 3,442 (1.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 8,524 (2.8%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 348 kes dan 211 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 58.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 39.6%.

78 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 22 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 33,106 orang.