- Iklan -
Berita

Lebih 10.9 juta dewasa terima dos penggalak

88.4% populasi remaja juga direkodkan telah melengkapkan vaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan membuat persiapan sebelum melakukan vaksinasi kepada pekerja-pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi dos kedua vaksin pada Oktober.
Petugas kesihatan membuat persiapan sebelum melakukan vaksinasi kepada pekerja-pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi dos kedua vaksin pada Oktober.

Seramai 10,906,259 individu atau 46.6% daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Menurut data kementerian kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, sebanyak 22,917,313 individu atau 97.9% populasi dewasa telah melengkapkan dos vaksin Covid-19 mereka, manakala 23,195,017 individu atau 99.1% daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,782,131 individu atau 88.4% telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,864,738 individu atau 91.0% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Statistik harian menunjukkan sebanyak 202,296 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 1,820 dos pertama, 2,711 dos lengkap dan 197,765 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 62,461,606 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, 10 kes kematian direkodkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi sebanyak tiga kes, diikuti Sabah (dua) manakala Johor, Kedah, Kelantan, Melaka dan Pahang masing-masing satu kes.