Thursday, May 26, 2022

Mesyuarat khas SPR tentukan tarikh PRN Johor Februari depan

Writ pilihan raya, tarikh hari penamaan calon, pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan menjadi agenda mesyuarat pada 9 Februari tersebut.

Other News

Satu mesyuarat khas untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 akan diadakan pada 9 Februari ini, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Ikmalrudin Ishak.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Penggal ke-14 daripada Speaker DUN Johor semalam.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, satu pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN itu, katanya.

Ikmalrudin berkata mesyuarat khas itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan beberapa tarikh penting PRN itu.

“Ia termasuk tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya.

Sabtu lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN Johor.

Kerajaan negeri sebelum ini diterajui Barisan Nasional (BN) dengan 28 kerusi merangkumi Umno (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan PAS (satu) manakala Pakatan Harapan dengan 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam).

Menteri Besar Johor Hasni Mohammad dilaporkan berkata BN memerlukan mandat baharu daripada rakyat bagi meneruskan program-program rakyat memandangkan majoriti tipis telah menyebabkan kerajaan negeri berjalan berdasarkan “ihsan pembangkang”.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles