- Iklan -
Berita

Kes harian kekal di paras 3,200

Sebanyak 2,817,163 kes keseluruhan Covid-19 direkodkan di Malaysia setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pejalan kaki melintasi jalan raya di Kuala Lumpur. Dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara, orang ramai kini menikmati kelonggaran menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi.
Pejalan kaki melintasi jalan raya di Kuala Lumpur. Dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara, orang ramai kini menikmati kelonggaran menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi.

3,229 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,817,163.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 2,848 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,744,203.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 162 kes di mana 133 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 76 kes di mana 55 daripadanya adalah kes Covid-19.

Dari 3,229 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 38 kes (1.2%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,191 kes (98.8%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.