- Iklan -
Berita

Lebih 22.8 juta dewasa lengkap divaksinasi

Sementara itu, lebih 23.1 juta populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang Asli Temuan duduk sambil menunggu giliran bagi menjalani proses  vaksinasi dos kedua di Hulu Langat.
Orang Asli Temuan duduk sambil menunggu giliran bagi menjalani proses vaksinasi dos kedua di Hulu Langat.

Sebanyak 22,864,655 individu atau 97.7% populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dos vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 23,155,545 individu atau 98.9% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja pula, sebanyak 87.6% atau 2,758,498 individu berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,849,786 individu atau 90.5% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sejumlah 208,327 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,768 dos pertama, 3,843 dos lengkap dan 201,716 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 58,055,878 dos termasuk 6,627,119 dos penggalak.