- Iklan -
Berita

Hampir 23 juta populasi dewasa lengkap divaksinasi

87.4% populasi remaja atau 2,752,103 telah melengkapkan vaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak melakukan persediaan vaksin ke dalam picagari ketika program vaksinasi Orang Asli di Hulu Langat.
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak melakukan persediaan vaksin ke dalam picagari ketika program vaksinasi Orang Asli di Hulu Langat.

Sebanyak 22,851,542 individu atau 97.6% populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sebanyak 23,146,049 individu atau 98.9% daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.4% atau 2,752,103 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,844,678 atau 90.3% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 185,321 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 3,364 dos pertama, 4,900 dos lengkap dan 177,057 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57,305,127 dos dengan 5,908,852 daripadanya adalah dos penggalak.