- Iklan -
Berita

97.6% dewasa, 87.4% remaja lengkap divaksinasi

98.9% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 bagi pekerja hotel dalam program vaksinasi pekerja industri. Gambar: Bernama
Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 bagi pekerja hotel dalam program vaksinasi pekerja industri. Gambar: Bernama

Sebanyak 22,846,708 individu atau 97.6% populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sebanyak 23,142,519 individu atau 98.9% daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.4% atau 2,749,975 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,843,040 atau 90.4% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sejumlah 153,228 dos vaksin telah diberikan melibatkan 145,179 dos penggalak, dengan 4,653 dos kedua dan 3,396 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57,112,114 dengan 5,727,151 daripadanya adalah dos penggalak.