- Iklan -
Berita

IJN benarkan Dr Mahathir pulang

Beliau dibenarkan pulang oleh Institut Jantung Negara kira-kira 11.30 pagi tadi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang oleh Institut Jantung Negara (IJN), seminggu selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di sana.

IJN berkata Mahathir dibenarkan pulang kira-kira 11.30 pagi hari ini.

“Dr Mahathir menjalani beberapa pemeriksaan dan kini sedia untuk pulang seperti yang dirancang sebelum ini,” kata IJN dalam satu kenyataan hari ini.

Mahathir, 96, dimasukkan ke IJN pada 16 Disemhber bagi pemeriksaan penuh kesihatannya dan pemerhatian lanjutan.

Kali terakhir Mahathir dimasukkan ke IJN pada Ogos 2016 bagi rawatan jangkitan paru-paru.

Sebelumnya, beliau dimasukkan ke IJN pada November 2013, juga bagi menjalani rawatan jangkitan yang sama, beliau dibenarkan pulang beberapa hari kemudian.