- Iklan -
Berita

Nadma nafi halang operasi ATM di kawasan banjir

Ketua pengarah Nadma berkata perkara itu direka oleh pihak tertentu.

Ahmad Mustakim Zulkifli dan Danisyah Dalily
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita meredah banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. Selangor menjadi negeri paling teruk terjejas akibat banjir kilat hujung minggu lalu.
Seorang wanita meredah banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. Selangor menjadi negeri paling teruk terjejas akibat banjir kilat hujung minggu lalu.

Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (Nadma) menafikan laporan yang mengatakan kononnya Nadma menghalang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada beroperasi di kawasan banjir.

Ketua Pengarah Nadma Aminuddin Hassim berkata perkara ini direka oleh pihak tertentu.

“Saya sempat bercakap dengan Zamrose (Mohd Zin) dari tentera darat tengahari tadi, dia berkata kenyataan itu tidak datang daripada pasukan tentera.

“Ini adalah perkara yang dimomok oleh pihak lain,” katanya pada sidang media selepas melawat kawasan banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Nadma tidak membenarkan ATM masuk ke kawasan-kawasan banjir, memandangkan darurat belum diisytiharkan oleh kerajaan.

Laporan itu juga turut mengatakan kementerian pertahanan turun ke lapangan membantu mangsa-mangsa banjir tanpa persetujuan Nadma.

Kawasan-kawasan perumahan di Taman Sri Muda di Shah Alam, Selangor yang terjejas akibat banjir kilat hujung minggu lalu masih belum pulih.

“Hubungan Nadma dan ATM akan terus mesra dan mekar. Banyak perkara yang kita bincangkan bersama.

“Sebahagian daripada tentera berada di Nadma,” katanya.