- Iklan -
Berita

Kemenangan GPS adalah kemenangan saya, kata Ali Biju

Beliau berharap tindakan yang sama turut diambil GPS bagi PRU 15 akan datang.

Nur Shazreena Ali
2 minit bacaan
Kongsi
Ali Biju (tengah) bersama dua lagi pimpinan Bersatu Mohamed Azmin Ali (kanan) dan Rashid Hasnon (kiri) dalam sidang media di Saratok hari ini.
Ali Biju (tengah) bersama dua lagi pimpinan Bersatu Mohamed Azmin Ali (kanan) dan Rashid Hasnon (kiri) dalam sidang media di Saratok hari ini.

Ali Biju menyifatkan penarikan dirinya daripada bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian adalah satu keputusan strategikk, mengatakan beliau berharap isyarat daripada tindakannya itu akan dibalas dengan tindakan yang sama oleh GPS dalam berdepan pilihan raya umum nanti.

“Kemenangan GPS juga adalah kemenangan saya. Kalau GPS menang, saya menang,” katanya dalam sidang media bersama Ketua Penerangan Bersatu Mohamed Azmin Ali dan ahli Parlimen Batu Pahat Rashid Hasnon.

Beliau berkata kepimpinan Bersatu telah menasihatkan beliau untuk tidak bertanding, namun beliau juga turut mendengar masyarakat akar umbi di kerus DUN yang disandang beliau itu.

Beliau turut berharap dengan memberi laluan kepada GPS di Krian, ia akan dibalas dengan tindakan sama dengan membenarkan Bersatu bertanding di kerus Parlimen Saratok bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Beliau berkata wujud usaha rundingan dalam peringkat tertinggi kepimpinan kedua-dua parti berhubung perkara itu.

Sementara itu, Azmin berkata beliau dihantar oleh Pengerusi Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menjelaskan kepada penduduk di Krian mengenai penarikan diri Ali di kerusi DUN yang disandangnya.

Beliau berkata ia juga adalah untuk menunjukkan penghargaan kepada mereka yang telong menyokong Ali yang berkhidmat di Krian sebagai Adun mereka sejak 2011.

“Kami mahu ucap terima kasih kepada Ali,” katanya.

“Dia sudah melakukan pengorbanan besar dalam memperkukuhkan hubungan antara GPS dan Bersatu di peringkat pusat.

“Kita semua juga turut maklum GPS main peranan penting sekatu kita tubuh kerajaan baru tahun lalu.”

Azmin turut berkata langkah yang diambil Ali itu akan membantu usaha menjadikan Sarawak dan Sabah sebagai rakan setara seperti yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kali ini ada perbincangan persefahaman antara Abang Johari Openg dan Muhyiddin Yassin dalam kerangka besar politik nasional.

“Ini penting untuk jamin kerjasama kerajaan negeri dan persekutuan. Banyak inisiatif diambil Muhyiddin untuk pastikan MA63 diiktiraf dan dilaksanakan,” katanya.