- Iklan -
Berita

66 lagi korban akibat Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,718

Terengganu mencatatkan kematian tertinggi sebanyak 12 kes diikuti Selangor dengan 11 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pasukan petugas kesihatan turut serta mengebumikan mayat pesakit Covid-19 dengan memakai pakain pelindung lengkap. Gambar: Bernama
Pasukan petugas kesihatan turut serta mengebumikan mayat pesakit Covid-19 dengan memakai pakain pelindung lengkap. Gambar: Bernama

66 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan pada 7 Disember, menjadikan jumlah kematian keseluruhan dalam negara sebanyak30,718.

Menurut data Github kementerian kesihatan (KKM), sembilan atau 13.6% daripada jumlah kematian direkodkan adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Terengganu mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak 12 kes atau 17.6% diikuti Selangor dengan 11 kes atau 16.7%.

Kedah melaporkan lapan kematian, tujuh kes di Perak, enam di Pulau Pinang, lima di Sabah sementara Negeri Sembilan melaporkan empat kes.

Johor dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan tiga kes, sementara Kelantan, Pahang dan Sarawak masing-masing melaporkan dua kes kematian manakala Melaka melaporkan satu kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 4,965 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,667,999.

Setakat semalam, terdapat 60,411 kes aktif Covid-19 dan 4,817 pesakit pulih dilaporkan.