Sunday, January 23, 2022

India catat 6,990 kes baru, terendah dalam tempoh 551 hari

Masih terdapat 100,543 kes aktif di India dengan penurunan sebanyak 3,316 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Other News

Angka Covid-19 di India meningkat kepada 34,587,822 pada Selasa, apabila 6,990 kes baru didaftarkan dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh negara, menurut data terkini kementerian kesihatan persekutuan.

Jumlah kes baru yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam di India adalah yang terendah dalam 551 hari, menurut Xinhua.

Selain itu, sebanyak 190 kematian direkodkan sejak pagi Isnin, menambah jumlah kematian kepada 468,980.

Masih terdapat 100,543 kes aktif di negara ini dengan penurunan sebanyak 3,316 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Angka kes aktif India adalah yang terendah dalam 546 hari,” kata kementerian itu.

Sebanyak 34,018,299 orang pulih dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dengan 10,116 kes sembuh baru.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles