- Iklan -
Luar Sana

India benarkan eksport beras putih bukan basmati tersadai di pelabuhan

Larangan eksport menyebabkan ribuan tan beras putih bukan basmati tersadai di pelabuhan, hingga menyebabkan peniaga mengalami kerugian.

Reuters
2 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki duduk di atas bungkusan beras di dalam bilik stor, di pasar borong di Navi Mumbai, India 4 Ogos. Gambar: Reuters
Seorang lelaki duduk di atas bungkusan beras di dalam bilik stor, di pasar borong di Navi Mumbai, India 4 Ogos. Gambar: Reuters

India membenarkan kembali membenarkan eksport kargo beras putih bukan basmati yang tersadai di pelabuhan selepas larangan mengejut ke atas kategori bahan makanan itu, menurut arahan dikeluarkan kerajaan tersebut semalam. 

Pada 20 Julai, India mengejutkan pembeli dengan mengharamkan eksport beras putih bukan basmati yang digunakan secara meluas untuk mengawal kenaikan harga domestik. 

Langkah itu susulan larangan eksport beras hancur tahun lalu. 

Larangan eksport menyebabkan ribuan tan beras putih bukan basmati tersadai di pelabuhan, hingga menyebabkan peniaga mengalami kerugian. 

Dalam arahan terbaru Direktorat Jenderal Perdagangan Luar Negeri (DGFT), unit kementerian perdagangan, berkata ia akan membenarkan penghantaran kargo tersadai dengan syarat peniaga membayar duti eksport menjelang 20 Julai, apabila larangan itu dikuatkuasakan. 

Sebelum larangan Julai terhadap eksport beras putih bukan basmati, penghantaran ke luar negara akan bagi gred beras itu akan dikenakan cukai sebanyak 20%.

Selepas arahan DGFT, kira-kira 150,000 tan kargo beras putih bukan basmati akan dihantar keluar dari pelbagai pelabuhan, kata Prem Garg, Presiden Persekutuan Pengeksport Beras India. 

"Tiga kapal masih tersekat di pelabuhan Kandla dan banyak kontena berada di pelabuhan berbeza, menyebabkan banyak masalah kepada industri beras," katanya. 

India, yang menyumbang 40% daripada eksport beras dunia, menjual makanan ruji itu kepada lebih 150 negara, termasuk beberapa negara miskin dan berisiko di Afrika dan Asia. 

New Delhi mengeksport rekod 22.2 juta tan beras pada 2022.

Selepas mengharamkan eksport beras putih bukan basmati, India pada Jumaat lalu mengenakan cukai 20% ke atas penghantaran beras rebus dan memperkenalkan harga lantai untuk jualan beras basmati di luar negara, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan harga tempatan. 

Sekatan eksport beras India telah memberi tekanan ke atas harga beras global. 

"Kebenaran untuk membenarkan kargo yang tersadai di pelabuhan bukan sahaja akan membantu pembekal India, ia juga akan membantu pengguna di beberapa negara yang paling memerlukan," kata Garg. 

Kebanyakan kargo yang tersadai akan pergi ke negara-negara Afrika Timur dan Afrika Barat, katanya.