Monday, January 24, 2022

Seorang lagi warga Malaysia gagal dalam usaha terakhir bebas dari tali gantung Singapura

Pannir Selvam Pranthaman hari ini gagal dalam usaha akhirnya utuk mendapatkan sijil bantuan substantif, yang memberi peluang hukuman matinya diringankan kepada penjara seumur hidup.

Other News

Seorang banduan warga Malaysia yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura gagal dalam usaha perundangan terakhirnya untuk mengelak daripada dihukum gantung, ketika kontroversi mengenai seorang lagi warga Malaysia sedang berusaha daripada menjalani hukuman mati di republik itu menjadi perhatian dunia.

Peguam Pannir Selvam Pranthaman, Too Xing Ji, berkata Mahkamah Rayuan Singapura hari ini menolak permohonan anak guamnya untuk meringankan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya empat tahun lalu.

Pannir berhujah dia sepatutnya menerima sijil bantuan substantif di bawah Seksyen 33B Akta Penyalahgunaan Dadah republik tersebut.

Penghujahan berhubung sijil tersebut boleh memberikan peluang kepada Pannir meringankan hukumannya kepada penjara seumur hidup.

Penghujahan itu adalah berdasarkan fakta dia memberi maklumat kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) yang membawa kepada penahanan seorang lagi penyeludup dadah.

Bagaimanapun Too berkata peguam negara memfailkan afidavit lanjut selepas pendengaran lisan pada 9 Mac, mengatakan walaupun maklumat yang diberikan adalah benar, ia tidak berguna kerana CNB sudah pun mengetahuinya.

“Selepas mendengar hujahan lanjut, Mahkamah Rayuan menolak rayuan dengan alasan lisan yang pendek,” kata Too.

“Ringkasnya, mereka berkata syarat statut tersebut menuntut maklumat itu mesti boleh digunakan. Kerana CNB mengatakan dalam afidavit bahawa mereka tidak menggunakan maklumat Pannir, maka dia tidak layak untuk dapatkan sijil tersebut.”

Pannir didapati bersalah kerana membawa dadah ke Singapura dan dijatuhi hukuman mati pada 2017.

Dia disabitkan kesalahan tersebut pada 27 Jun 2017 oleh Mahkamah Tinggi Singapura atas tuduhan memperdagangkan 51.84g diamorfin di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 2014.

Bagaimanapun, dia menerima penangguhan hukuman mati pada 2019, beberapa jam sebelum dijadualkan menjalani hukuman mati pada 24 Mei lalu, membolehkannya untuk mencabar tindakan presiden Singapura yang enggan memberikan pengampunan kepadanya.

Dia juga turut menulis dua buah lagu dari penjara Changi, dengan kerjasama artis popular tempatan bagi menentang hukuman mati.

Lagu pertamanya, “Arah Tuju”, dinyanyikan Santesh Kumar yang terkenal dengan single Melayu “Amalina” pada 2014.

Lagu kedua Pannir, “Bukan Sekadar Hikayat”, dinyanyikan penyanyi rap India tempatan Samson Thomas diterbitkan pada September lalu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles