Sunday, January 23, 2022

Najib upah ramai pihak untuk kembali jadi PM, kata Kit Siang

Menurut Lim Kit Siang, Najib memiliki dana terbesar pilihan raya dan ia memungkinkan bekas perdanam menteri itu kembali ke Putrajaya.

Other News

Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mendakwa Najib Razak mempunyai dana pilihan raya terbesar dalam negara dan mengupah ramai pihak dengan kepakaran tertentu bagi membantu beliau kembali menjadi perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Lim yang merupakan ahli Parlimen Iskandar Puteri turut berkata usaha Najib untuk kembali mentadbir Malaysia akan memadamkan kemungkinan negara menjadi bertaraf dunia menjelang 2057.

“Kembalinya Najib sebagai perdana menteri ke-10 dalam PRU15 akan menimbulkan konflik terhadap semua idea penetapan semula dasar dan institusi negara,” kata Lim dalam sebuah kenyataan hari ini.

Lim turut membandingkan Najib dengan adik lelakinya, Nazir Razak yang sebelum ini dilihat mengkritik abangnya sendiri berhubung skandal 1MDB dan turut memulakan inisiatif “Better Malaysia Assembly” dengan tujuan untuk menetapkan semula polisi dan institusi negara.

“Sungguh berbeza – adik meminta penetapan semula dasar dan institusi negara dan abangnya pula bermimpi untuk kembali sebagai perdana menteri Malaysia ke-10.

“Tidak dinafikan, Najib sudah pasti mempunyai dana pilihan raya terbesar di negara ini dan mengupah ramai orang dengan kepakaran tertentu untuk membantu beliau,” katanya.

Semalam, Nazir dan 54 tokoh dalam pelbagai bidang mencadangkan kerajaan mewujudkan platform “Better Malaysia Assembly” sebuah inisiatif yang bertujuan melaksanakan reformasi dalam pentadbiran negara.

Mereka menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menyatakan platform tersebut adalah langkah pertama dalam usaha “membina semula” negara.

Dalam pada itu, Lim berkata Malaysia tewas kepada Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Vietnam dalam mewujudkan taddir urus yang baik terutama dalam perang menentang rasuah, mengingatkan kedudukan negara mungkin akan dipintas oleh Indonesia.

“Malaysia mesti menetapkan semula dasar pembinaan negara jika kita mahu menghentikan proses di mana satu demi satu negara mengatasi kita,” katanya.

Sejak ditumbangkan daripada kuasa dan berdepan puluhan pertuduhan rasuah, Najib menjenamakan semula dirinya sebagai jaguh rakyat biasa menggunakan slogan “Bossku” yang digunakan secara meluas di platform media sosial.

Beberapa serbuan susulan kejatuhannya, pihak berkuasa menyita senarai panjang barangan mewah termasuk barangan kemas, jam tangan, beg tangan mewah yang bernilai ratusan juta ringgit di mana penyiasat mempercayai ia berkait dengan skandal 1MDB.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International yang berkait 1MDB.

Keputusan rayuan Najib bagi sabitan kes tersebut ditetapkan pada 8 Disember depan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles