- Iklan -
Berita

77.6% remaja lengkap divaksinasi

97.5% individu dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan menunjukkan picagari kosong selepas memberikan suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada seorang remaja di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Petugas kesihatan menunjukkan picagari kosong selepas memberikan suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada seorang remaja di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

Seramai 22,248,737 individu atau 95% populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) di laman CovidNow, sejumlah 97.5% atau 22,838,338 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 131,240 dos vaksin harian telah diberikan semalam melibatkan 37,689 suntikan dos lengkap; 7,650 menerima dos pertama dan 85,901 pula menerima suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,804,374.

Setakat semalam juga 2,442,373 atau 77.6% individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksin manakala 86.6% atau 2,725,876 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 731,635.