Wednesday, December 8, 2021

Malaysia mohon pengampunan Nagaenthran, namun terpulang budi bicara Singapura, kata menteri

Menurut Saifuddin Abdullah, Malaysia menghormati proses udang-undang Singapura dan masih menunggu keputusan pihak berkuasa negara itu.

Other News

Malaysia memohon budi bicara lembaga pengampunan Singapura untuk memberikan Pengampunan Presiden kepada Nagaenthran Dhamalingam, tahanan warganegara Malaysia yang dikenakan hukuman mati di negara itu.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata Malaysia menghormati proses udang-undang Singapura dan masih menunggu keputusan pihak berkuasa negara itu.

“Dalam hal ini saya kena ulang, kita boleh memohon melalui cara kita, berhubung dengan mengutus surat, tetapi kita tidak boleh campur dari segi urusan dan proses undang-undang di negara Singapura,” katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 dan Jasamu Dikenang di Wisma Putra pada Jumaat.

Ditanya mengenai surat yang beliau utuskan kepada Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan berhubung kes itu, Saifuddin berkata beliau masih belum mendapat jawapan balas setakat ini.

Nagaenthran ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 atas kesalahan penyeludupan dadah jenis diamorphine seberat 42.72gm dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 22 November 2010.

Proses rayuan melalui mahkamah telah pun dibuat oleh peguam keluarga Nagaenthran sehingga ke peringkat akhir, iaitu melalui permohonan Pengampunan Presiden.

Bagaimanapun, permohonan itu telah ditolak pada 1 Jun 2020.

Pada Rabu lepas, Saifuddin dalam kenyataan berkata kementerian luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura terus memantau perkembangan kes berkenaan dan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada lelaki itu dan keluarga.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles