Thursday, December 2, 2021

Kehadiran ke sekolah tanpa penggiliran tertakluk kajian, analisis, kata Radzi

Menurut menteri pendidikan, sebarang keputusan tidak dilakukan terburu-buru sehingga KPM melaksanakan perbincangan dengan KKM dan MKN dengan mengambil kira keadaan semasa.

Other News

Kehadiran pelajar ke sekolah tanpa penggiliran bagi kumpulan pelajar lain akan dilaksana tertakluk kepada kajian dan analisis kementerian kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.

Beliau berkata pada masa ini, kementerian pendidikan (KPM) menetapkan sekolah yang telah mencapai kadar 90% vaksinasi lengkap atau lebih bagi pelajar kelas peperiksaan awam dan antarabangsa dibenarkan beroperasi tanpa penggiliran bermula 8 November ini.

“Dalam konteks ini, kita tidak buat keputusan secara semberono nak bawa masuk mana-mana kumpulan (ke sekolah) sehinggalah kita duduk berbincang dengan KKM, MKN dengan mengambil kira keadaan semasa. Sekiranya keadaan mengizinkan maka akan ada lagi kumpulan lain mungkin akan dimasukkan tanpa penggiliran.

“Namun ia tertakluk kepada kajian dan analisis sedang dilaksanakan pihak kementerian. Sebaiknya memanglah kita di pihak kementerian tak nak ada penggiliran, namun keadaan pada waktu ini memerlukan untuk diadakan penggiliran sehinggalah sampai satu ketika kita bincang dengan KKM rasa lebih selamat, insya-Allah kita buat tanpa penggiliran bila sampai masanya,” katanya.

Radzi berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan kepada Yayasan Didik Negara oleh Farm Fresh Milk Sdn Bhd di bangunan Parlimen hari ini.

Mengulas mengenai perkembangan pembukaan sekolah, beliau berkata secara keseluruhan ia berjalan lancar dan kehadiran pelajar ke sekolah menunjukkan peningkatan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Jika kita lihat secara keseluruhannya, ia satu perancangan yang cukup teliti. Kita buka (sekolah) sedikit demi sedikit bagi memastikan kita dapat memantau keadaan supaya garis panduan yang telah ditetapkan itu dapat dipatuhi dengan baik.

“Alhamdulillah jika kita lihat sehingga hari ini dengan kemasukan terbaru lebih 1.3 juta murid segalanya berjalan dengan teratur dan selamat,” katanya.

Menurutnya setakat ini tidak ada perkara berbangkit berkaitan pembukaan sekolah dan melihat kepada jumlah kehadiran yang baik di sekolah serta pengoperasian pada waktu ini, beliau yakin ia akan memberi lebih keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles