Monday, December 6, 2021

Kerajaan wajibkan seorang pengarah wanita dilantik bagi syarikat senaraian awam

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata ia adalah untuk mengiktiraf peranan wanita dalam proses membuat keputusan dan memperkukuh kepimpinan.

Other News

Putrajaya akan mewajibkan lantikan sekurang-kurangnya seorang wanita sebagai pengarah wanita dalam semua syarikat senaraian awam melalui Suruhanjaya Sekuriti dalam Belanjawan 2022 yang dibentangkan di the Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata inisiatif tersebut adalah bagi mengiktiraf peranan wanita dalam proses membuat keputusan dan memperkukuh kepimpinan serta keberkesanan lembaga pengarah.

Menurut Zafrul, buat masa ini, golongan wanita memegang 25% daripada komposisi ahli lembaga pengarah bagi 100 syarikat awam utama.

“Namun, masih terdapat 27 peratus atau 252 syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang belum mempunyai komposisi pengarah wanita.”

Katanya lagi, kerajaan juga menyediakan RM5 juta kepada Yayasan Kepimpinan Wanita bagi merancakkan penyertaan wanita dalam sektor ekonomi melalui antaranya latihan kepimpinan muda dan program keusahawanan.

Zafrul berkata bagi membantu usahawan wanita yang turut terkesan akibat Covid-19 serta sebagai langkah meningkatkan kapasiti perniagaan mereka, sejumlah RM230 juta dana pembiayaan akan disediakan melalui Program Dananita di bawah Mara dan Tekunita di bawah Tekun.

Selain itu, bagi menambah baik sistem sokongan sedia ada buat kaum ibu berkerjaya, RM30 juta disediakan untuk menyediakan kemudahan taska di bangunan-bangunan kerajaan, terutamanya di hospital dan universiti awam.

“Kerajaan juga menggalakkan majikan sektor swasta untuk pengaturan kerja fleksibel serta menyediakan kemudahan taska di pejabat,” katanya.

Menurut Zafrul lagi, kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3 ribu bagi bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2023.

Beliau menambah kerajaan bersedia untuk memperuntukkan RM13 juta yang dikhususkan untuk memperkasa Bahagian D11 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan seksual, wanita dan kanak-kanak, termasuk pewujudan 100 jawatan baru.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles