- Iklan -
Berita

94.5% dewasa, 72.4% populasi lengkap divaksinasi

97.4% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan menjalankan vaksinasi kepada pekerja-pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.
Petugas kesihatan menjalankan vaksinasi kepada pekerja-pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.

23,660,153 individu atau 94.5% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara itu, 25,355,653 atau 97.4% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Bagi populasi keseluruhan, 72.4% telah menerima vaksinasi lengkap dan 77.6% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk suntikan tunggal vaksin CanSino.

Sejumlah 113,547 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 48,944,761.

Kelantan dan Sabah kekal berada di bawah kadar 80% vaksinasi bagi dewasa masing-masing 77.3% dan 72%.