- Iklan -
Berita

94.4% dewasa, 72.2% populasi lengkap divaksinasi

97.4% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua  pengunjung melalui rak buku di Kedai Buku Excess, Nusajaya Johor. Di bawah Pelan Pemulihan Negara kebanyakan sektor kini mulai menjalankan operasi termasuk kedai buku di seluruh negara.
Dua pengunjung melalui rak buku di Kedai Buku Excess, Nusajaya Johor. Di bawah Pelan Pemulihan Negara kebanyakan sektor kini mulai menjalankan operasi termasuk kedai buku di seluruh negara.

23,565,799 individu atau 94.4% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara itu, 25,344,201 atau 97.4% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Bagi populasi keseluruhan, 72.2% telah menerima vaksinasi lengkap dan 77.6% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk suntikan tunggal vaksin CanSino.

Sejumlah 157,999 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 48,831,214.

Kelantan dan Sabah kekal berada di bawah kadar 80% vaksinasi bagi dewasa masing-masing 77.3% dan 71.8%.