- Iklan -
Berita

Cadangan akan dibuat bagi definisi anak negeri Sarawak lebih inklusif

Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata definisi di bawah Artikel 161A Perlembagaan Persekutuan adalah terhad dan tidak secara tepat menggambarkan kepelbagaian anak negeri Sarawak.

Nur Shazreena Ali
1 minit bacaan
Kongsi
Wanita Bidayuh Biatah, Anik Unggom (kanan) bersama ibu saudaranya Peluh Abeh di Padawan, Sarawak. Kemaskini definisi anak negeri Sarawak akan dilihat lebih inklusif dan menggambarkan kepelbagaian kaum di negeri itu.
Wanita Bidayuh Biatah, Anik Unggom (kanan) bersama ibu saudaranya Peluh Abeh di Padawan, Sarawak. Kemaskini definisi anak negeri Sarawak akan dilihat lebih inklusif dan menggambarkan kepelbagaian kaum di negeri itu.

Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata cadangan akan dibuat untuk pindaan definisi anak negeri di bawah Artikel 161A Perlembagaan Persekutuan.

Bercakap pada sidang media di Kuching, beliau berkata perkara tersebut adalah mustahak kerana definisi ketika ini adalah terhad dan tidak secara tepat menggambarkan perbezaan kumpulan-kumpulan anak negeri di Sarawak.

“Definisi anak negeri perlu dikemaskini untuk menggambarkan pelbagai perbezaan kaum,” katanya dan menambah ketika ini Sarawak hanya menyenaraikan 23 etnik di negeri itu.

Katanya, kemaskini definisi tersebut akan membolehkan kumpulan-kumpulan lain turut secara jelas diiktiraf.

“Adalah sukar untuk untuk kategorikan seseorang kepada istilah ‘orang lain’ atau ‘lain-lain’ di negara ini kerana biasanya terdapat kategori kaum dalam dokumen rasmi.

“Dengan menyatakan kaum mereka secara jelas, ini akan membuat mereka ini yang (biasanya dikategorikan sebagai ‘orang lain’) merasa dihormati,” tambahnya.

Wan Junaidi berkata rang undang-undang itu akan turut memberikan definisi kepada Hari Malaysia bertarikh 16 September 1963.

Beliau berkata mendefinisikan semula perkataan “persekutuan” seperti yang telah dibuat di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara dalam penubuhan Malaysia.

Jika diluluskan, katanya, ia akan menjadi kali pertama MA63 diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perlembagaan dalam bentuknya ketika ini memberi maksud kepada ‘Hari Merdeka’, namun tidak ‘Hari Malaysia’. Definisi ‘persekutuan’ dalam Perlembagaan hanya merujuk kepada Persekutuan dari Perjanjian Malaya 1957.”