- Iklan -
Berita

90.4% dewasa lengkap divaksinasi

94.8% dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin, sementara dua negeri masih di bawah kadar 80% dewasa lengkap divaksinasi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi beratur menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac tanpa temujanji di Stadium Bukit Jalil.
Penerima vaksin hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi beratur menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac tanpa temujanji di Stadium Bukit Jalil.

21,437,380 individu atau 90.4% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara 24,510,702 atau 94.8% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Dari segi populasi keseluruhan, 65.6% telah lengkap divaksinasi sementara 75.1% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dua negeri masih belum mencecah kadar 80% vaksinasi dewasa: Kelantan (74%) dan Sabah (65.6%).

Sejumlah 184,486 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 45,835,200.