Monday, October 18, 2021

Algeria gesa ‘penghormatan penuh’ Perancis untuk duta kembali ke Paris

Ketegangan antara Paris dan Algeria tercetus apabila Perancis pada September memutuskan untuk mengurangkan jumlah visa dikeluarkan kepada pegawai Algeria sebanyak 50%.

Other News

Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune pada Ahad menegaskan bahawa kepulangan Duta Algeria ke Perancis adalah bergantung kepada “penghormatan sepenuhnya” dari Paris kepada Algeria.

Menurut Xinhua, dalam satu temu bual yang disiarkan secara langsung di media tempatan, Tebboune berkata, “Kami tidak boleh bertindak seperti tidak ada apa yang berlaku… dan duta kami akan kembali ke Paris hanya apabila Perancis menunjukkan penghormatan sepenuhnya terhadap negara Algeria.”

Kenyataan Tebboune merujuk kepada langkah memanggil pulang Duta Algeria ke Paris dan melarang pesawat tentera Perancis merentasi ruang udaranya, berikutan kenyataan Presiden Perancis Emmanuel Macron minggu lalu yang mengkritik rejim Algeria.

Episod ketegangan baru antara Paris dan Algeria tercetus apabila Perancis pada September memutuskan untuk mengurangkan jumlah visa yang dikeluarkan kepada pegawai Algeria sebanyak 50%.

Kementerian luar Algeria turut menuntut penjelasan Duta Perancis ke Algeria.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles