Friday, October 22, 2021

Rentas negeri dibenarkan bagi individu lengkap vaksinasi mulai 11 Oktober

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata 90% populasi dewasa sudah lengkap divaksinasi sebelum esok.

Other News

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan perjalanan rentas negeri akan dibenarkan mulai esok.

Dalam sidang media yang disiarkan siaran langsung hari ini, beliau berkata mereka yang sudah lengkap divaksinasi tidak lagi memerlukan kebenaran daripada polis untuk melakukan perjalanan rentas negeri.

Bagaimanapun, kebenaran tersebut tidak terpakai kepada penduduk yang berada dalam kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Ismail turut menggesa orang ramai untuk tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan ketika ini.

“Jika hal ini diambil mudah, tidak mustahil penularan wabak Covid-19 ini akan kembali meningkat.

“Anda kini adalah barisan hadapan yang akan melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus Covid-19,” katanya.

Beliau berkata mereka yang mahu pulang ke kampung halaman bagi bertemu dengan ahli keluarga disaran untuk melakukan ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan.

“Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihatkan anda tangguhkanlah dahulu perjalanan,” katanya.

Ismail juga berkata tiada lagi sekatan jalan raya untuk memantau perjalanan rentas negeri seperti sebelum ini namun SJR tetap dijalankan bagi memastikan keselamatan.

“Pemeriksaan secara rawak akan tetap dilaksanakan oleh pihak berkuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).”

Dalam pada itu, Ismail turut berkata kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan warga Malaysia yang lengkap vaksinasi untuk melakukan perjalanan ke luar negara tanpa perlu memohon permit keluar masuk melalui sistemm MyTravelPass jabatan imigresen.

Bagaimanapun, mereka yang melakukan perjalanan perlu menjalani kuarantin wajib ketika kembali ke Malaysia.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles