Monday, October 11, 2021

Kes harian Covid-19 menurun ke paras 7,000

7,373 kes direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 kini sebanyak 2,339,594 jangkitan.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 7,373 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,339,594 kes.

10,959 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,195,669

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 762 kes di mana 702 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 410 kes di mana 293 adalah kes Covid-19.

Dari 7,373 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 133 kes (1.8%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 7,240 kes (98.2%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles