- Iklan -
Berita

86.8% dewasa, 62.4% populasi Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

23,645,337 atau 94.2% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi beratur menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac tanpa temujanji di Stadium Bukit Jalil.
Penerima vaksin hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi beratur menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac tanpa temujanji di Stadium Bukit Jalil.

20,389,622 individu atau 86.8% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara 23,645,337 atau 94.2% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Dari segi populasi keseluruhan, 62.4% telah lengkap divaksinasi sementara 72.4% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 237,245 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 43,933,988.