Friday, October 22, 2021

Hospital swasta Sarawak diminta bantu kerajaan negeri tangani Covid-19

Sebuah hospital swasta konglomerat dari semenanjung di Kuching bersetuju untuk mengambil pesakit Covid-19 yang menanggung kos rawatan sendiri bermula minggu depan.

Other News

Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) telah meminta ahli-ahli persatuan itu di sini untuk membantu kerajaan menangani peningkatan pesakit Covid-19 di negeri ini.

Presidennya Dr Kuljit Singh berkata sehingga semalam, sebanyak 3,732 kes positif dilaporkan di Sarawak, namun, jumlah peratusan bagi Kategori Empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan Kategori Lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator) mencatatkan angka tunggal.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah kumulatif Kategori Empat dan Lima di unit rawatan rapi (ICU) dan wad akan meningkat dalam masa terdekat melebihi ruang dan kemudahan sedia ada, selain membebankan kakitangan kesihatan di hospital kerajaan.

“Sebuah hospital swasta daripada satu konglomerat dari semenanjung di Kuching telah bersetuju untuk mengambil pesakit Covid-19 yang menanggung kos rawatan sendiri bermula minggu depan, sejurus penyediaan kemudahan baru serta mendapat kelulusan.

“Namun, kebanyakan hospital swasta di sini mempunyai kapasiti katil yang rendah dan peratus kemudahan ICU dan katil untuk merawat Covid-19 yang terhad. Hospital persendirian lain di bandar raya ini sedang dalam perbincangan untuk menyediakan sokongan jika diminta kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Dr Kuljit turut berharap agar lebih ramai pesakit bukan Covid-19 dari hospital kerajaan dapat dipindahkan ke hospital swasta di Kuching, bagi membolehkan lebih banyak ruang untuk pesakit Covid-19 dirawat di fasiliti kerajaan.

“Proses pemindahan (pesakit) sangat berjaya di Greater Lembah Klang dengan seramai 3187 pesakit menerima rawatan di hospital persendirian dan pada masa kini terdapat kira-kira 1,000 katil untuk pemindahan pada masa akan datang.

“Kami berharap hospital swasta di Kuching dan bandar lain di Sarawak akan mengikuti langkah hospital swasta di semenanjung iaitu merawat pesakit Covid-19 yang membayar kos rawatan sendiri dan juga menerima pemindahan pesakit bukan Covid-19 berdasarkan kapasiti dan kemampuan sedia ada mereka,” tambahnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles