Thursday, September 23, 2021

Waspada dan patuhi SOP, elak tempat sesak, kata kumpulan pelancongan Selangor

Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor beri amaran untuk tidak alpa supaya kluster baru tidak tercetus.

Other News

Persatuan pengembaraan dan pelancongan di Selangor hari ini menggesa orang ramai untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selepas tular gambar kesesakan orang ramai yang bercuti di beberapa lokasi dalam negeri tanpa menjaga penjarakan fizikal selepas sekatan pergerakan mula dilonggarkan.

Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor berkata pengusaha pelancongan perlu memandang serius dengan pematuhan SOP yang masih berkuat kuasa memandangkan ramai yang mengambil peluang untuk bercuti pada hujung minggu.

“Kita tidak mahu akan wujud kluster baru disebabkan kealpaan kita sendiri,” kata presiden persatuan itu, Fathir Badri.

“Kita telah lama terkurung disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikenakan, jadi kita tidak mahu perkara yang sama berulang lagi,” katanya sambil menambah pengusaha pelancongan juga mungkin akan mengalami kerugian kerana tidak dapat berniaga.

Beliau turut mengingatkan pengunjung untuk mengamalkan SOP dan elakkan untuk berada di tempat sesak.

“Supaya lebih berwaspada dan tidak singgah di tempat-tempat yang sesak untuk melakukan riadah bersama keluarga. Carilah tempat yang tidak sesak,” katanya.

“Di Selangor ini banyak lokasi eko-pelancongan seperti di Hulu Langat dan Hulu Selangor boleh dikunjungi.”

Fathir turut menggesa pihak berkuasa tempatan dan badan pelancong Selangor untuk memainkan peranan penting dengan menambah iklan dan billboard peringatan pematuhan SOP di sepanjang kawasan rekreasi.

“Kita masih belum menang, jadi jagalah peluang ini dengan menjaga diri dan keluarga kita. Elakkan tempat yang sesak jaga penjarakan fizikal,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles