- Iklan -
Berita

53.5% populasi Malaysia lengkap vaksin Covid-19

66% populasi atau  21,573,348 penduduk pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Hulu Selangor mengambil butiran Orang Asli bagi menerima vaksin di Kampung Orang Asli Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu.
Petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Hulu Selangor mengambil butiran Orang Asli bagi menerima vaksin di Kampung Orang Asli Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu.

Sebanyak 53.5% atau 17,480,766 daripada keseluruhan populasi di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam.

Kementerian kesihatan menerusi perkongsian di covidnow.moh.gov.my memaklumkan sebanyak 66% atau 21,573,348 pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

“Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 227,147 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 38,990,335.

Sementara itu, setakat 11.59 malam 13 September, sebanyak 104 kematian sebenar harian Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam dan 309 kes kematian tertunggak.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 21,124 kes.