- Iklan -
Berita

51.1% populasi Malaysia kini lengkap vaksin Covid-19

64.5% daripada populasi keseluruhan pula sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin secara walk-in beratur sebelum membuat pendaftaran bagi mendapatkan vaksinasi ketika hadir tanpa janji temu di PPV Movenpick, Sepang.
Penerima vaksin secara walk-in beratur sebelum membuat pendaftaran bagi mendapatkan vaksinasi ketika hadir tanpa janji temu di PPV Movenpick, Sepang.

Seramai 16,680,780 individu atau 51.1% populasi keseluruhan di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Melalui perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan seramai 21,080,152 individu atau 64.5% daripada populasi keseluruhan pula sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sebanyak 322,346 dos vaksin Covid-19 yang merangkumi 133,861 dos pertama dan 188,485 dos lengkap turut diberikan semalam, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 37,714,587 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.