Tuesday, September 28, 2021

Hakim beri amaran pada anak perempuan Zahid, jangan komen kes rasuah bapa di media sosial

Menurut hakim, komen mengenai perbicaraan boleh membawa 'sub-judice' ketika ia masih berlangsung.

Other News

Hakim Mahkamah Tinggi hari ini memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berlangsung.

Amaran itu dikeluarkan Collin Lawrence Sequerah setelah timbalan pendakwa raya (DPP) Raja Rozela Raja Toran memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak perempuan Zahid, Nurulhidayah telah membuat hantaran mengenai kes bapanya di Instagram.

“Mahkamah perlu memberi amaran tentang komen seperti itu yang boleh membawa kepada sub-judice. Komen seperti itu tidak boleh dibuat semasa perbicaraan sedang berlangsung,” kata hakim Sequerah.

Terdahulu, Raja Rozela berkata pihak pendakwaan percaya Nurulhidayah membuat hantaran berhubung isu imuniti semalam di Instagramnya, nurul.zahid.

“Kami percaya penulisnya ialah anak perempuan Zahid. Komen ini tidak berasas dan prejudis. Tidak adil bagi pihak pendakwaan kerana kes ini masih berjalan.

“Saya tidak diarahkan supaya memulakan prosiding menghina tetapi memadai memaklumkan orang ramai supaya supaya tidak membuat sebarang komen berhubung prosiding ini,” katanya dan menambah bahawa mahkamah perlu melarang penulis (Nurulhidayah) dan orang ramai daripada membuat sebarang komen mengenai kes itu.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Zahid kemudiannya bangun dan memberitahu mahkama bahawa beliau akan meminta penulis (Nurulhidayah) supaya menarik balik komen tersebut.

“Pertamanya, kami memohon maaf kepada mahkamah. Kami akan meminta penulis supaya memadam hantaran itu jika mahkamah mahu ia dikeluarkan,” kata peguam itu.

Semakan Bernama di Instagram Nurulhidayah mendapati beliau telah memadamkan hantaran berkenaan dan memuat naik catatan baru yang meminta maaf kepada mahkamah mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak sepatutnya berkongsi atau komen apa yang berlaku semasa prosiding. Ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan melibatkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan kesnya kini di peringkat penghujahan pihak pembelaan di akhir kes pendakwaan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles