- Iklan -
Berita

330 korban Covid-19 dicatat, kes baru menurun bawah 20,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,613 disusuli Sarawak sebanyak 2,464.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor berjalan menuju ke beberapa buah rumah Orang Asli Temuan di Kuala Kubu Bharu bagi menerima suntikan pertama vaksinasi.
Beberapa petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor berjalan menuju ke beberapa buah rumah Orang Asli Temuan di Kuala Kubu Bharu bagi menerima suntikan pertama vaksinasi.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 19,378 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,805,382 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,613 disusuli Sarawak (2,464), Sabah (2,404), Johor (2,331), Pulau Pinang (1,726), Kedah (1,470), Perak (1,389), Kelantan (1,356), Kuala Lumpur (740), dan Pahang (559).

Hanya Labuan (4) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 22,399 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,528,672.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 259,189 kes.

Dalam pada itu, 975 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 463 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 330 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 17,521.