- Iklan -
Berita

Hampir 56% populasi dewasa lengkap vaksin Covid-19

441,100 dos diberikan semalam dengan 303,545 merupakan dos kedua.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Pfizer untuk dos kedua kepada penerima yang hadir secara pandu lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, di Cheras.
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Pfizer untuk dos kedua kepada penerima yang hadir secara pandu lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, di Cheras.

Sebanyak 55.6% atau 13,022,246 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam juga, 18,258,947 individu telah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31,281,193 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 441,100 dos diberikan semalam dengan 303,545 merupakan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.