Monday, September 20, 2021

Hong Kong senaraikan Malaysia, 14 negara lain dalam senarai negara berisiko tinggi Covid-19

Mereka melakukan perjalanan ke negara yang tersenarai perlu menjalani kuarantin selama 3 minggu dan dikehendaki menjalani ujian saringan sebanyak 4 kali ketika tiba di Hong Kong.

Other News

Hong Kong meletakkan Malaysia dalam senarai negara berisiko tinggi Covid-19 bersama Amerika Syarikat (AS), Perancis, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Senarai itu berkuat kuasa pada 20 Ogos depan, di mana individu yang melakukan perjalanan ke negara-negara tersebut akan diarahkan menjalani kuarantin dengan tempoh lebih panjang dan perlu diuji Covid-19 walaupun mereka lengkap divaksinasi sewaktu tiba di Hong Kong.

Selain empat negara tersebut, Bangladesh, Kemboja, Greece, Iran, Belanda, Sepanyol, Sri Lanka, Switzerland, Tanzania dan Turki turut dimasukkan ke dalam senarai.

Sebelum ini, Brazil, India, Indonesia, Ireland, Nepal, Pakistan, Filipina, Rusia, Afrika Selatan dan Britain telah dimasukkan ke dalam kategori tersebut.

Malaysia adalah antara negara yang terkesan dengan peningkatan jangkitan global susulan penularan varian Delta.

Setakat hari ini, Malaysia melaporkan 22,948 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

178 kematian turut direkod, menjadikan korban akibat pandemik mencecah 13,480 orang.

Angka kes harian yang serupa turut dicatatkan di Thailand dan Perancis sementara AS dilihat mulai menyaksikan angka jangkitan meningkat kepada angka-angka yang dicatatkan sebelum program vaksinasi dijalankan di negara itu.

Keputusan Hong Kong untuk memasukkan lebih banyak negara dalam kategori berisiko tinggi susulan timbul kebimbangan sekiranya mereka yang melakukan perjalanan ke sana melalui negara-negara yang disenaraikan seperti AS masih membawa risiko penularan wabak walaupun divaksinasi.

Pelancong dari negara-negara dalam kategori tersebut turut disyaratkan menerima vaksin sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berangkat menggunakan ke Hong Kong.

Ketika ketibaan, mereka perlu menjalani tiga minggu kuarantin dan sepanjang tempoh itu selain perlu menjalani ujian saringan virus sebanyak empat kali.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles