Monday, September 20, 2021

Agong terima peletakan jawatan Muhyiddin

Ini adalah kali kedua kerajaan Malaysia tumbang sejak Pilihan Raya Umum 2018 lalu.

Other News

Yang di-Pertuan Agong menerima peletakan jawatan Muhyiddn Yassin susulan sesi mengadap di Istana Negara hari ini, MalaysiaNow difahamkan.

Ini adalah kali kedua kerajaan Malaysia tumbang sejak Pilihan Raya Umum 2018 lalu, mengakibatkan kekosongan kuasa ketika negara bergelut pandemik Covid-19.

Peletakan jawatan Muhyiddin yang turut bermaksud kerajaan Perikatan Nasional (PN) berundur daripada pentadbiran turut disahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin melalui hantaran Instagram beliau.

“Kabinet menyerahkan peletakan jawatan kepada Agong. Terima kasih atas peluang yang diberikan sekali lagi untuk berkhidmat kepada negara.

“Moga Tuhan berkati Malaysia,” kata Khairy

Muhyiddin hari ini dijangka akan menyampaikan ucapan secara langsung di televisyen.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles