- Iklan -
Berita

274 korban Covid-19 dicatat, kes baru rekod 19,740 jangkitan

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,706.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Picagari vaksinasi yang telah digunakan diletakkan di tempat khas sebelum dilupuskan.
Picagari vaksinasi yang telah digunakan diletakkan di tempat khas sebelum dilupuskan.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 19,740 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,424,639 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,706 disusuli Sabah (1,728), Kedah (1,592), Johor (1,510), Kuala Lumpur (1,360), Pulau Pinang (1,251), Kelantan (1,227), Melaka (1,120), Perak (938), Terengganu (688) dan Pahang (646).

Hanya Labuan (2) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 17,450 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,162,578.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 249,277 kes.

Dalam pada itu, 1,047 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 520 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 274 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 12,784.