- Iklan -
Berita

Lebih 25 juta dos vaksin diberikan setakat 11 Ogos

497,352 dos diberikan semalam dengan 227,506 adalah vaksinasi dos pertama manakala 269,846 adalah dos kedua.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin secara walk-in beratur sebelum membuat pendaftaran bagi mendapatkan vaksinasi ketika hadir tanpa janji temu di PPV Movenpick, Sepang.
Penerima vaksin secara walk-in beratur sebelum membuat pendaftaran bagi mendapatkan vaksinasi ketika hadir tanpa janji temu di PPV Movenpick, Sepang.

Sebanyak 25,863,563 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 16,347,422 orang menerima suntikan dos pertama manakala 9,516,141 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 50.1% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 29.1% telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 497,352 dos diberikan semalam dengan 227,506 adalah pemberian dos pertama manakala 269,846 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.