Tuesday, September 21, 2021

Faizal Azumu dilantik sebagai penasihat khas PM

Pelantikan ahli Parlimen Tambun itu adalah bertaraf menteri.

Other News

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Tambun yang juga Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu sebagai penasihat khas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam sebuah kenyataan, PMO berkata jawatan beliau adalah bertaraf menteri selain turut mengucapkan tahniah kepada Faizal di atas pelantikan tersebut.

“Beliau akan bertanggungjawab menasihati perdana menteri dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosio ekonomi,” katanya.

Faizal adalah bekas menteri besar Perak selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya pada 2018.

Pentadbiran yang dipimpin beliau bagaimanapun jatuh selepas gagal memperoleh sokongan salam usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri itu pada Disember tahun lalu.

Beliau kemudian meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada 5 Disember dan diganti oleh Adun Kota Tampan yang juga Ketua Umno Perak Saarani Mohamad.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles