- Iklan -
Berita

Kes baru jangkau 12,500, jangkitan keseluruhan catat lebih 900,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,985.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Selangor, 13 Julai 2021 - Team Outreach Sabak Bernam, Dr Farizah Nurhana Ali (dua dari kanan), Nurul Asyikin Yaakob (kanan), Samsiah Begum (kiri) Nik Hisamudin Mohd Arifin (dua dari kiri) dan Zarul Amin Zainal Abidin (tiga dari kiri) selepas selesai melakukan tugasan pemberian vaksin Pfizer Bio-NTech dari rumah ke rumah di sekitar Sungai Besar, Kuala Selangor.Program Outreach Imunisasi Covid19 Kebangsaan peringkat Sabak Bernam tertumpu kepada golongan yang uzur dan terlantar dirumah disebabkan penyakit yang dihidapi mereka, kumpulan kesihatan ini bergerak dengan memberi perkhidmatan suntikan vaksin kepada mereka yang telah berdaftar.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 12,528 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 905,851.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,985. disusuli Kuala Lumpur (1,740), Negeri Sembilan (1,280), Kedah (701), Sabah (647), Johor (625), Melaka (569), Perak (428), Pulau Pinang (396), dan Sarawak (388).

Hanya Perlis (1) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 6,629 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 779,171.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 119,814.

Dalam pada itu, 908 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 425 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 138 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 6,866.