Thursday, July 29, 2021

Kerajaan setuju tubuh RCI Tabung Haji, kata TPM

Menurut Ismail Sabri , keputusan itu dipersetujui oleh jemaah menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Other News

Kerajaan mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu melibatkan pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji merangkumi siasatan hasil pengauditan perunding-perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PWC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger dari 2014 hingga 2020.

Menurut timbalan perdana menteri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dipersetujui oleh jemaah menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau berkata jemaah menteri bersetuju dengan penubuhan RCI dengan beberapa terma termasuk skop RCI tertumpu kepada hasil penemuan perunding-perunding ke atas isu berbangkit Tabung Haji dari 2014 hingga 2020 tetapi tidak termasuk Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang dilaksanakan masa kini.

RCI juga akan menyiasat jika terdapat tindakan menyembunyikan maklumat berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dan perbuatan yang mengelirukan kenyataan.

Beliau juga berkata RCI mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil oleh pihak terlibat dan mengemukakan kepada kerajaan laporan hasil semakan dalam tempoh tiga bulan.

Menurutnya, senarai keahlian RCI yang terdiri daripada pakar dalam bidang syariah, perundangan, perbankan Islam dan pelaburan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Penubuhan RCI ini adalah wajar supaya siasatan lanjut dapat dibuat terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan tersebut dan perakuan sewajarnya dapat dikemukakan kepada kerajaan bagi memulihkan imej serta keyakinan rakyat terhadap kewibawaan Tabung Haji.

“Ini juga bagi memastikan satu siasatan dalam yang telus dan amanah dilaksanakan demi memastikan Tabung Haji telah menjalankan mandat dengan profesional dalam menguruskan wang deposit Islam,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles