- Iklan -
Berita

Varian baru dikesan, Myanmar tutup semula sekolah

Semalam, Myanmar melaporkan 4,132 kes baru Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 180,055.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sekolah Myanmar ditutup semula selepas varia virus Covid-19 dikesan. Gambar: AP
Sekolah Myanmar ditutup semula selepas varia virus Covid-19 dikesan. Gambar: AP

Myanmar sekali lagi akan menutup sementara semua sekolah pendidikan asas selepas varian baru virus Covid-19 mula dikesan di negara ini, lapor Xinhua memetik kenyataan Kementerian Kesihatan dan Sukan, pada Khamis.

Selepas dibuka semula bulan lalu, semua sekolah pendidikan asas termasuk sekolah swasta dan sekolah biara Buddha akan ditutup kembali bermula Jumaat sehingga 23 Julai.

Pada Khamis, Myanmar melaporkan 4,132 kes baru Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 180,055.

Jumlah kematian yang berkaitan dengan Covid-19 pula meningkat kepada 3,621 dengan 51 kematian baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Myanmar pertama kali mengesan dua kes Covid-19 pada 23 Mac tahun lalu.