- Iklan -
Berita

Kes Covid-19 Indonesia terus melonjak, lebih 21,000 kes baru direkodkan

Jumlah keseluruhan kes positif Indonesia kini meningkat kepada 2,093,962.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pemandangan ibu kota Indonesia, Jakarta. Gambar: Pexels
Pemandangan ibu kota Indonesia, Jakarta. Gambar: Pexels

Indonesia merekodkan lonjakan kes positif baru Covid-19 melebihi angka 21,000 kes, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 21,095 kes baru Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 2,093,962.

Rekod tertinggi sebelum ini dicatatkan pada 24 Jun lepas iaitu sebanyak 20,574 kes.

Sebanyak 1,842,457 pesakit dikatakan sembuh, manakala sebanyak 358 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 56,729 orang.

Peningkatan kes baru sejak dua minggu terakhir ini dikaitkan dengan kegiatan balik kampung semasa sambutan Aidilfitri lepas, dan varian Delta yang lebih cepat menular.